Friday, 01 Nov 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Travel, Tour & Holiday Agencies Aduan : Tuduhan Representasi palsu yang dilakukan oleh juru-jual Country Heights
Aduan : Tuduhan Representasi palsu yang dilakukan oleh juru-jual Country Heights PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:10

9 April 2008

Saya telah mendapat surat cancellation of payback scheme.  Saya telah membeli timeshare iaitu percutian hotel iaitu berharga 36,000 dan dijanjikan duit ini akan dapat kembali after 38 tahun kerana adanya insuran bersama MAA.  Walau bagaimanapun surat bertarikh 18 Mac 2008 dan saya terima 3 April 2008 telah menyatakan batal.

Apabila saya telefon, pihak ini menyatakan batal kerana saya perlu bayar penuh kepada country heights baru saya dapat insurans MAA ini iaitu payback scheme. Saya tidak membayar keseluruhan sebaliknya bulanan.  Sedangkan semasa saya membeli, tiada mana-mana pihak menyatakan perkara ini.


Jika dari awal dia terangkan saya tidak akan ambil pakej percutian ini yang tidak seberapa.  Malahan, saya dapati daripada seorang pekerja di sana, ini memanglah satu taktik bahagian sales menjualnya.  Saya risau tidak akan menang dalam kes ini kerana dia menyatakan ramai telah bawa ke tribunal tetapi lebih rugi kerana telah tandatangan perjanjian.  Sedangkan semasa hendak membeli skim ini, saya dipaksa membuat keputusan segera iaitu hari itu juga dan bayar deposit 3000.00. Saya amat percaya kata-kata lisan mereka kerana mengharapkan mereka jujur dan berhelai-helai kertas untuk saya baca dalam tempoh yang singkat serta ayat undang-undang.
 
Jadi saya percaya dengan mereka. Saya menjadi bertambanh keliru, mereka menyatakan ada kes khas lagi iaitu saya boleh bayar semua kembali dan dapat semula payback scheme.  Saya rasa bertambah tertipu.  Inikah taktik penipuan mereka selama ini. Sudah pasti pengguna akan mencari juga duit untuk bayar kerana tidak mahu rugi. Satu lagi cara, saya bayar secara bulanan tetapi kena tambah lagi hampir RM 10,000 dan baru dapat skim berkenaan.

Bantu saya, saya diberi tempoh minggu ini iaitu sama ada bayar keseluruhannya iaitu lagi RM 18,170 atau bayar bulanan tetapi jika hendak skim itu kembali bayar lagi RM 10,000.  Saya tidak faham perniagaan macam ini.  Saya hendak jual percutian ini, dia kata kena cari pembeli sendiri dan akan ditolak beberapa percent.  Sedangkan dahulu semasa ambil, dia yang cari pembeli.

Saya risau bila syarikat ini menyatakan, saya tidak akan untung jika bawa ke tribunal sebaliknya rugi.  Kerana terdapat ramai yang bawa ke tribunal tetapi rugi iaitu keputusannya syarikat perlu bayar 20% kembali kepada
pengguna mengikut bayaran yang dia telah bayar dan pakej ini dihentikan. Betul ke? Atau syarikat gertak saya.

Saya juga terpaksa membayar annual maintenance fee sebanyak 399.00 yang mana tidak seberapa apa yang saya dapat iaitu dapat pergi gym di palace yang kadang kala peralatannya rosak dan berminggu-minggu tidak baiki.  Apabila tanya, mereka kata kenalah terima sahaja.

Bantu saya kerana saya akan tiada pengalaman dari segi kontrak dan undang-undang.  Saya boleh membantu pihak tuan dengan mencari ramai lagi orang yang tertipu macam saya.


NCCC : Pengguna adalah dinasihatkan agar membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna. Dibawah S112 (2) (g)Akta Perlindungan Pengguna 1999, Tribunal mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya sesuatu kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya. Representasi Palsu (misrepresentation) merupakan satu masalah serius yang dihadapi oleh pengguna Malaysia. Perjanjian boleh terbatal sekiranya representasi palsu ini dapat di buktikan. Sila hubungi NCCC sekiranya pengguna memerlukan
bantuan selanjutnya.