Agensi Pekerjaan |
Written by Administrator |
Friday, 25 March 2011 04:36 |
Aduan Pengguna “saya telah terbaca satu ruang iklan dari sebuah akhbar. Saya menelefon syarikat tersebut dan dijawab oleh pengurus syarikat tersebut. Setelah saya faham dengan kerja yang ditawarkan, saya pun mendaftar dengan bayaran sebanyak RM 899.00. Tidak lama selepas mendaftar, saya menerima barang berupa surat-surat yang perlu saya poskan kepada alamat-alamat yang dibekalkan oleh syarikat tersebut. Surat-surat tersebut berupa iklan perniagaan syarikat tersebut. Saya rasa syak macam sesuatu tidak kena dengan kerja yang hanya menghantar iklan syarikat tersebut. Bayaran adalah berdasarkan jumlah balasan surat yang dipos. Dari kerja tersebut saya hanya mendapat dalam RM 70.00 sahaja. Selepas itu syarikat tersebut langsung tidak menghubungi saya walaupun saya cuba menghubungi syarikat tersebut beberapa kali. Saya telah kehilangan wang sebanyak RM 899.00.”
Terima kasih |