Sunday, 16 Mar 2025
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 A-F Financial Institutions Aduan : Caj Yang Dikenakan Tidak Munasabah
Aduan : Caj Yang Dikenakan Tidak Munasabah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:43

Saya telah pergi ke STAR HILL FURNITURE (03-60915591), sebuah kedai perabut untuk membeli tilam di Batu 17, Rawang pada 13.9.2007. Harga 2 buah tilam berjenama 'Maharaja 5"X12" adalah RM2,200.00. Dimaklumkan pembelian boleh dibuat melalui AEON CREDIT SERVICE dan hanya dikenakan faedah 1.3%.

Mengikut perkiraan saya kena bayar sebanyak RM211.90 X 12 bulan. Namun saya diminta untuk membayar deposit sebanyak RM60 dahulu sebagai bayaran 'process fee'.

 

Dimaklumkan juga permohonan ini akan mengambil masa seminggu untuk mengetahui kelulusan permohonan ini (No.Invois:B101748). Semua dokumen yang diminta telah diberikan kepada pekedai yang mengatakan bahawa saya tidak ada masalah bagi mendapatkan kelulusan kerana gaji saya RM2,210.00. Namun begitu pada 17.9.2007, AEON CREDIT SERVICE telah menjawab bahawa permohonan saya itu GAGAL. Saya terus hubungi AEON CREDIT SERVICE untuk mengetahui sebab permohonan ditolak namun katanya ia adalah SULIT dan tidak boleh didedahkan kepada pemohon dan bayaran deposit RM60.00 pun tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh dituntut semula.

Persoalan saya adalah adakah munasabah setiap borang yang diproses itu samaada LULUS atau GAGAL dikenakan RM60.00?. Pemohon yang GAGAL sekalipun kena korbankan RM60.00. Dan pemohon SENDIRI tidak boleh tahu kenapa permohonan GAGAL. Jika tektik ini digunakan oleh AEON SERVICE CREDIT untuk menipu 1000 pelangan bagi tempoh satu bulan di seluruh negara maka keuntungan 'atas angin' sahaja RM60,000.00 . Saya mohon isu ini didedahkan dan hak pengguna dipertahankan dengan ADIL dan SAKSAMA. Terima kasih.


Butiran Peribadi Pengadu dirahsiakan

NCCC