Sunday, 16 Mar 2025
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 A-F Financial Institutions Masalah mengenai prosedur 'Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek'
Masalah mengenai prosedur 'Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek' PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 11:33
Saya telah menerima 2 keping cek HSBC Bank Bhd dari syarikat saya pada 4hb Julai 2008. Cek-cek tersebut telah didepositkan kedalam akaun HSBC Bank saya pada petang hari tersebut. Melalui 'Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek' BNM yang terbaru, sepatutnya cek-cek tersebut boleh dijelaskan pada 7hb Julai 2008. Bagaimanapun, cek-cek tersebut hanya muncul di skrin perbankan internet saya selepas pukul 6.00pm 7hb Julai 2008. Saya cuba untuk mengeluarkan amaun tersebut pada pukul 1.00am 8hb Julai 2008, namun tidak berjaya. Bila saya menyemak akaun menggunakan ATM di HSBC, amaun tersebut telah diletakkan didalam ledger dan tidak boleh digunakan.
Saya membuat panggilan ke Telebanking HSBC, dan saya difahamkan oleh pihak HSBC bahawa saya hanya boleh mengeluarkan dana tersebut pada 9hb Julai 2008 dan pihak HSBC menyatakan bahawa perkara tersebut adalah kerena masalah 'Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek' di Bank Negara.

Saya berasa amat kecewa dengan penjelasan pihak HSBC dan juga kecewa dengan 'Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek' Bank Negara yang terbaru yang ternyata lebih menyulitkan berbanding dengan system yang lama. Jika mengikut system lama (SPICK), cek-cek yang saya depositkan adalah dianggap sebagai"In-house cheque" dimana cek-cek tersebut dikeluarkan oleh bank yang sama dimana saya membuka akaun dan proses penjelasan "In-house cheque" hanya mengambil masa 1 hari dan sepatutnya saya boleh mengeluarkan wang pada pagi 8hb Julai. Akan tetapi melalui proses sistem terbaru ini, cek-cek saya hanya boleh dijelaskan setelah 2 hari bekerja iaitu pada 9hb Julai 2008.

Ternyata kejadian ini amat bercanggah sekali dengan kenyataan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani dan kenyataan Bank Negara Malaysia dilaman webnya. Oleh itu saya meminta pihak Bank Negara Malaysia agar menyiasat perkara ini dan semoga kejadian ini tidak berulang ketas semua pengguna perhidmatan perbankan yang menginginkan perkhimatan bank yang
cekap dan pantas sebagaimana yang diharapkan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani.