Saturday, 15 Mar 2025
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 A-F Financial Institutions Aduan Ansuran Kereta
Aduan Ansuran Kereta PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 10:50

Abang saya telah membeli sebuah kereta proton wira 1.6 hampir 2 tahun. Sewaktu perjanjian dibuat tarikh ansuran bayaran kereta ditetapkan 22 haribulan setiap bulan sebanyak rm 330.Abang saya mahu menukar kepada 26 haribulan setiap bulan kerana dia mendapat gaji pada 26 hari bulan, setiap bulan.

Tetapi pihak bank mengatakan tidak perlu kerana kelewatan pembayaran ansuran beberapa hari tidak dikenakan bayaran tambahan.Abang saya terus membayar ansuran setiap bula pada 26 haribulan dan tidak pernah tertunggak, tetapi selepas hampir 2 tahun, pihak bank menelifon memberi tahu yang abang saya telah gagal membayar selama 3 bulan.

Selepas pihak bank menjelaskan, setiap bulan abang saya lewat membayar ansuran selama 3 hari dan apa bila dikumpul selama hampir 2 tahun ia menjadi 60 hari� dan dikira sebagai 2 bulan gagal bayar sedangkan ia tidak dinyatakan sewaktu menandatangani perjanjian. Ini dah dikira menganiaya abang saya. Sebagai pengguna apakah hak abg saya.

NCCC: Aduan ini telah dipanjangkan ke Bank Negara untuk penyelesaian. Status aduan akan dipaparkan kelak.