Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
PELABURAN FOREX |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 11:08 |
Penipuan Pelaburan �FOREX� adalah diantara aduan yang diterima oleh� Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) . Kami di NCCC telah menerima aduan daripada �mangsa-mangsa� FOREX yang mengadu tentang kehilangan beribu � ribu ringgit disebabkan pelaburan ini dan menyatakan mereka telah diperdayakan oleh pihak syarikat dimana mereka bekerja untuk melabur kedalam pelaburan FOREX yang pada hakikatnya pelaburan mereka �tidak pernah dilaburkan didalam pasaran FOREX� seperti yang dijanjikan oleh pihak syarikat tersebut Sasaran utama syarikat tersebut ialah graduan-graduan lepasan ijazah dan khususnya kaum melayu.� Syarikat �memancing� mangsa melalui penyiaran� iklan didalam suratkhabar �The Star� untuk jawatan kosong dengan menawarkan gaji yang lumayan. Sewaktu temuduga, tidak dinyatakan latarbelakang syarikat dan kerja sebenar yang bakal dibuat iaitu �memancing pelabur�, mangsa-mangsa perlu menjalani sesi latihan selama lima (5) hari untuk menjadi agen-agen pelaburan dan pada waktu itu tiada bayaran yang dibuat oleh pihak syarikat. Sewaktu latihan tidak diajar mengenai �kerugian malah semua transaksinya adalah mengaut keuntungan�. Jikalau berjaya memperkenalkan pelabur baru, akan dibayar komisyen yang tinggi, disebabkan mempercayai kata-kata manis pihak syarikat dan seolah-olah mangsa-mangsa ini telah dipukau, mereka telah memujuk/memaksa ahli-ahli keluarga dan rakan �rakan� untuk membuat pelaburan dengan harapan akan mendapat pulangan yang tinggi iaitu sehingga boleh mencecah belasan ribu ringgit. Kami di NCCC juga telah menulis surat rasmi kepada� Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) dan Bank Negara Malaysia� (BNM) untuk� tindakan lanjut. Perniagaan Yang Diberi Kebenaran Menjalankan FOREX
Bank Negara Malaysia merupakan badan utama yang mengendalikan perniagaan �FOREX� di Malaysia.� Didalam perkara ini, para pengguna hendaklah sentiasa peka supaya tidak terpedaya dengan tipu helah oleh syarikat � syarikat yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya pengguna berhadapan dengan situasi sebegini, pengguna sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa dan juga tidak mudah terpedaya dan terlalu megikut perasan malah menyiasat terlebih dahulu kewujudan syarikat-syarikat ini and tujuan syarikat ini beroperasi di Malaysia. Pengguna harus mengetahui hak mereka sebagai seorang pengguna. Regards, |