Sunday, 16 Mar 2025
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 G-O Hypermarkets ADUAN MENGENAI SET TELEFON YANG TIDAK LENGKAP
ADUAN MENGENAI SET TELEFON YANG TIDAK LENGKAP PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:21
Kami di NCCC telah menerima aduan daripada pengadu DZULKARNAEN MOHAMAD KHAMIS terhadap syarikat GETWAY MARKETING (menjual telefon bimbit).
Pengadu telah memaklumkan bahawa beliau telah membeli sebuah telefon bimbit jenama SONY ERICSSON K550i daripada syarikat GETWAY MARKETING, CARREFOUR WANGSA MAJU. Beliau telah memaklumkan bahawa syarikat GETWAY MARKETING� TIDAK membekalkan "headphone" yang tulen kepadanya.�
Apabila pengadu menghubungi syarikat tersebut, permintaan tersebut tidak dilayan diatas alasan pengadu tidak melaporkan ketiadaan set tersebut dengan serta -merta. Pengadu telah mengambil masa 10 hari untuk membuat laporan.

Kesimpulanya :
Pengurus GETWAY MARKETING En. Danny telah ke NCCC untuk menyerahkan satu set "headphone' tulen diatas usaha untuk menyelesaikan masalah secara muafakat. Pengadu menyedari akan kesilapanya beliau� tidak memeriksa dengan teliti.

Nasihat daripada NCCC:

Tindakan pengadu/ pengguna yang mengambil masa selama 10 hari untuk mengemukan aduanya adalah agak tidak munasabah. Walaubagaimanapun, seseorang pengguna haruslah memastikan kesemua barang dalam pakej tersebut adalah lengkap sebelum meninggalkan premis syarikat tersebut.

Daripada,
NCCC