Visi & Misi | |
Fungsi NCCC | |
Proses Pengendalian Aduan | |
Carta Organisasi |
Aduan : Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 09:58 |
Tarikh : 26/03/08 No Repot Polis : PANTAI/002896/08 PADA 15.02.2008 SAYA YANG BERNAMA SEPERTI DIATAS TELAH MEMBAWA ISTERI SAYA YANG BERNAMA SA****** NRIC: 42****-**-**** KE HOSPITAL UNIVERSITI (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) PPUM UNTUK MEMBUAT PEMERIKSAAN KLINIK BIASA. SEMASA ITU ISTERI SAYA BERADA DALAM KEADAAN SIHAT. SELEPAS MEMBUAT PEMERIKSAAN YANG DISEBUT DIATAS, SAYA MEMBAWA ISTERI SAYA PULANG. SEMASA DITEMPAT REHAT DI PERKARANGAN PPUM, TIBA-TIBA DI DAPATI ISTERI SAYA MENGALAMI KESAKITAN YANG TERUK DI BAHAGIAN PERUTNYA. DENGAN SEGERA SAYA MEMBAWA ISTERI SAYA KE TEMPAT PEMERIKSAAN TADI. SELEPAS PEMERIKSAAN SEMULA DOKTOR MEMBERITAHU KEPADA SAYA,ISTERI SAYA PERLUKAN PEMBEDAHAN DIBAHAGIAN PERUTNYA DENGAN SEGERA. DOKTOR JUGA MEMBERITAHU BAHAWA SEMASA MEMBUAT PEMERIKSAAN SKOP,AWAL TADI TELAH MENCEDERAKAN BAHAGIAN DALAM PERUT ISTERI SAYA. SETERUS ITU DOKTOR JUGA MEMBERITAHU KEPADA SAYA MEREKA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN IAITU MEREKA MENCEDERAKAN BAHAGIAN DALAM PERUT ISTERI SAYA SEMASA MEMBUAT PEMERIKSAAN SKOP. SEHINGGA SEBULAN LEBIH ISTERI SAYA MASIH BELUM PULIH LAGI DAN JUGA KETERANGAN - KETERANGAN DOKTOR TIDAK MUNASABAH. SAYA BERASA RISAU DAN GELISAH TERHADAP PERBUATAN DOKTOR DAN JUGA KEADAAN ISTERI SAYA YANG MASIH BELUM SEMBUH. SAYA MENDAPATI DOKTOR YANG MEMBUAT PEMERIKSAAN KEPADA ISTERI SAYA TELAH CUAI SEMASA MENJALANKAN TUGASNYA.SAYA BERHARAP PIHAK POLIS AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. SEKIAN REPOT POLIS. Nama doktor yang membuat endorskop (GASTROLOGY) DR.HELEN CAMPUS & DR. SANJIV & TEAM DOKTOR YANG MEMBUAT PEMBEDAHAN DR. COLLIN & DR. APRIL & TEAM. SAYA TELAH PERGI JUMPA DOKTOR DOKTOR TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN PRE-OPERATION REPOT DAN POST OPERATION REPOT. MEREKA MEMBERITAHU BAHAWA SAYA KENA DAPAT KEBENARAN DARI ADMIN DEPT. SAYA PERGI BERJUMPA DENGAN MDM. JAMIAH (DEPUTY DIRICTOR PPUM) DAN CIK NADZLEEN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN TETAPI MEREKA ENGGAN BAGI KEBENARAN UNTUK DAPATKAN REPOT TERSEBUT, LALU MEREKA SURUH KAMI MENUNGGU SELAMA 6 BULAN. |