Tuesday, 03 Dec 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 P-S Satellite Television Aduan : Rumah dimasuki oleh "agen" Astro yang tidak sah
Aduan : Rumah dimasuki oleh "agen" Astro yang tidak sah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 11:02

9 April 2008

Saya seperti nama di atas ingin membuat aduan berkenaan dengan perkhidmatan Astro. Pada pagi 2 Mar 2008 saya telah menelefon pihak Astro kerana ada gangguan pada siaran Astro saya. Saya tidak dapat menerima apa-apa rancangan dari Astro untuk beberapa hari yang lepas.

Saya telah diberitahu pihak Astro bahawa mereka akan menghantar technician untuk membuat pemeriksaan ke rumah saya dalam masa 3 hari. Saya telah diberi nombor laporan bernombor 081328885 sebagai rujukan dan memberitahu bahawa technician Astro akan membawa nombor rujukan yg sama untuk ditunjukkan kepada saya nanti.� Walaubagaimanapun lebih kurang pada waktu tengah hari, saya menerima panggilan telifon dari seorang lelaki barbangsa cina bernombor 016-9923511 mengatakan bahawa dia dari Astro dan akan datang kerumah saya untuk membuat pemeriksaan.�

Lebih kurang pada pukul 3.45 ptg lelaki tersebut datang ke rumah saya berserta dengan seorang lagi rakannya. Mereka menaiki kerata proton saga berwarna coklat muda (metalik). Lelaki itu memakai baju Astro berwarna biru dan memperkenalkan diri sebagai Easan dari Astro. Dia juga telah menunjukkan nombor rujukan Astro dari telefon bimbitnya kepada saya. Nombor itu adalah sama denagan nombor rujukan yang telah diberikan kepada saya oleh pihak Astro sebelumnya.
Tanpa syak, saya membenarkan lelaki tersebut dan kawannya masuk kerumah saya untuk membuat pemeriksaan. Setelah diperiksa, lelaki tersebut telah memberitahu saya bahawa alat penerima pemancar Astro saya telah rosak dan perlu ditukar kepada yg baru. Setelah diganti dengan kos RM80, tv saya masih lg tidak dapat menerima program Astro.
Sekali lagi dia telah membuat pemeriksaan dan menyatakan bahawa decoder Astro saya telah rosak dan saya perlu menyerahkan decoder Astro saya kepadanya untuk dibaik dalam masa sehari atau dua hari. Anggaran kos dalam RM70. Sementara menunggu decoder saya siap dibaiki, saya telah ditawarkan untuk meminjam decoder Astro darinya dengan bayaran deposit sebanyak RM169. Decoder tersebut telah dibawa bersamanya didalam kereta. Jumlah keseluruhan yg telah saya bayar untuk servis Astro pada hari tersebut adalah sebanyak RM299 termasuk dengan bayaran service charge sebanyak RM50 (iaitu RM80 untuk penerima pemancar, RM169 deposit decoder dan RM50 untuk service charge). Saya telah diberikan resit untuk bayaran tersebut. Resit tersebut bernombor 1394 dan tertera nama syarikat TMT Services Sdn. Bhd. Walaubagaimanapun selang beberapa hari, technician Astro tersebut masih tidak menelefon saya seperti yang dijanjikan.
Pada pagi 5 Mar 2008, seorang lelaki berbangsa cina telah menelefon saya dan mengaku bahawa dia dari Astro hendak datang kerumah saya untuk membuat pemeriksaan pada alat Astro saya. Nama lelaki tersebut ialah Ee Sheung Kuei bernombor 012-3719828. Saya telah dimaklumkan bahawa dia adalah technician Astro yg sebenar dan memberitahu bahawa saya telah ditipu. Saya telah menelefon technician Astro yg pertama (Easan) tetapi gagal dan tiada panggilan telifon daripadanya sehingga kehari ini. Saya telah membuat aduan ke pihak Astro tetapi amat mengecewakan kerana respon ya ng diterima adalah terlalu lambat.
Saya telah diberitahu bahawa siasatan dalaman akan dilakukan. Selepas beberapa panggilan saya ke pihak Astro, pada minggu lepas saya ada menerima panggilan dari pihak Astro (En. Karunakaran) yg menawarkan decoder baru sebagai ganti rugi kepada decoder asal saya yg telah ditipu. Saya berasa amat kecewa dengan perkhidmatan Astro kerana lambat bertindak dan tiada ucapan maaf daripada pihak Astro keatas apa yang berlaku kepada saya dan keluarga. Saya juga tidak dimaklumkan tentang perkembangan terkini siasatan dalaman Astro. Saya sangat kecewa dan marah kerana identiti saya dan maklumat peribadi saya telah didedahkan kepada pihak ketiga tanpa merujuk kapada saya.
Saya juga amat risau dengan pendedahan yang telah saya buat kepada Astro akan menyebabkan pihak yang tidak berkenaan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menggugat keselamatan saya dan keluarga. Saya dan keluarga kini berada dalam keadaan tertekan dan amat risau tentang keselamatan kami kerana segala maklumat kami telah diketahui oleh pihak yang tidak berkenaan seperti nama saya, alamat rumah, nombor kereta, paras rupa, keadaan didalam rumah dan sebagainya yg boleh disalahguna pada masa hadapan. Decoder baru Astro sebagai ganti kepada wang saya sebanyak RM299 tidak akan dapat membeli keselamatan hidup saya dan keluarga.
Saya juga amat berharap pihak Tuan/Puan dapat memberi khidmat nasihat kepada saya bagi menangani masalah ini dan langkah seterusnya supaya tindakan paling tegas dapat diambil kepada pihak Astro yang telah menyalahguna kepercayaan (maklumat peribadi) yang telah saya berikan sebagai pelanggan. Saya juga bercadang untuk membuat laporan polis berkenaan dengan incident ini kerana merasakan bahawa keselamatan saya dan keluarga terancam. Saya juga amat berharap pihak Tuan/Puan dapat mengambil langkah yang sewajarnya kepada pihak Astro supaya perkara ini tidak berulang kepada pelanggan yg lain. Sekian, terima kasih.


NCCC : Pengguna adalah dinasihatkan agar menghubungi pihak Astro untuk mendapat kepastian sebelum membenarkan Technician memasuki dan mengambil apa-apa peralatan Astro dari rumah.