Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
DITIPU SYARIKAT PELANCONGAN |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 11:13 |
SEORANG PENGADU telah mengunjung Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dengan masalah bahawa beliau telah ditipu oleh sebuah syarikat pelancongan yang beroperasi di Klang. Menurut pengadu, beliau telah pergi ke syarikat pelancongan tersebut bagi mendaftarkan diri menyertai lawatan ke China. Pengadu telah membayar lebih daripada RM11,000 sebagai bayaran penyertaan. Setelah bayaran dibuat, pengadu telah mulai membuat segala persiapan seperti memohon cuti daripada majikan, dan juga membeli pakaian sejuk. Setelah membuat segala persiapan yang perlu, pengadu menunggu untuk hari berlepas yang ditetapkan. Dua hari sebelum tarikh berlepas, syarikat pelancongan tersebut telah memberitahu pengadu bahawa pakej pelancongan tersebut telah dibatalkan. Pengadu berasa amat kesal dengan tindakan syarikat tersebut. Seterusnya pengadu telah menuntut kembali wang deposit yang telah dibayarnya tetapi syarikat tersebut telah menangguh � nangguhkan pembayaran sehingga selama enam bulan. Pelbagai cara telah digunakan oleh pengadu untuk menuntut kembali wangnya tetapi gagal. Akhir beliau telah pergi ke pejabat NCCC untuk membuat aduan. TINDAKAN NCCC Setelah meneliti aduan pengadu, NCCC mendapati bahawa pengadu telah ditipu oleh syarikat tersebut. NCCC telah menulis surat secara rasmi kepada syarikat itu untuk meminta penjelasan. Setelah syarikat gagal memberikan jawapan kepada surat NCCC, maka NCCC telah menghebahkan masalah tersebut melalui akhbar dan menasihatkan pengadu memfailkan tuntutan di Tribunal Tututan Pengguna Malaysia. Apabila masalah ini mendapat liputan media, barulah syarikat pelancongan itu menghubungi pengadu dan mengembalikan deposit beliau. Berikut daripada langkah syarikat berkenaan, pengadu telah menarik balik kesnya daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. NASIHAT NCCC Pengguna perlu berhati � hati apabila berurusan dengan syarikat pelancongan sepaerti ini. Selidiki dahulu latar belakang dan rekod prestasi syarikat pelancongan yang ingin berurusan. Biasanya syarikat syarikat pelancongan yang telah mantap dan kukuh operasinya, masalah seperti ini jarang berlaku. Bagi pengguna yang berhadapan dengan masalah seumpama ini, failkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
|
Last Updated on Monday, 14 September 2009 11:13 |