Friday, 23 Aug 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Vehicles / Transportations Aduan : Pembelian Kereta Persona
Aduan : Pembelian Kereta Persona PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:46

21 April 2008

Pada 26/12/2007 saya dan ibu bapa saya pergi ke wakil pengedar sah proton iatu BRIGHT MODEL SDN BERHAD yang beralamat di LOT C1-C4 GIANT HYPERMARKET KLANG,PERSIARAN BATU NILAM,BANDAR BUKIT TINGGI,JALAN LANGAT 41200 KLANG,SELANGOR untuk menempah sebuah kereta iatu PROTON PERSONA 1.6 BASE LINE BERWARNA METAL GREY di atas nama ibu.Bayaran tempahan yang dikenakan adalah sebanyak RM500.

Setelah segala dokumen telah diserahkan,dan segala urusan untuk permohonan pinjaman bank telah diluluskan,saya diberitahu bahawa tempoh untuk menunggu kereta tersebut adala 1 1/2 bulan hingga 21/2 bulan.
Setelah menunggu selama hampir 3 bulan,saya menelefon pusat perkhidmatan pelanggan proton.Saya telah bercakap dengan pegawai melalui perbualan telefon untuk menyatakan masalah saya.Pegawai tersebut membantu saya dengan mengatakan bahawa dia akan menghubungi  pengedar kereta proton tersebut.

Apabila saya menelefon semula pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut,dia menyatakan dia ada memberi faks,email,memo dan juga panggilan telefon,tetapi kesemua itu menghampakan kerana pihak pengedar enggan membalas apa-apa yang telah diberikan oleh pegawai tersebut.
Pada keesokan harinya saya menelefon wakil pengedar tersebut dan saya berurusan dengan kerani disitu.Saya ingin mengetahui status tempahan saya dan nombor waiting list saya.Saya diberitahu bahawa Waiting Saya  yang keempat.
Setelah hampir sebulan saya berhubung melalui telefon.Saya dan ayah  saya pergi ke wakil pengedar pada 15/4/2007 untuk berjumpa dengan pengurusan pemasaran disana.Kami di beritahu bahawa yg nama pembeli baru saja dimasukkan di dalam DEALER PORTAL,dan disitu juga mereka menyemak borang yg dihantar kepada mereka.Setelah hampir sejam kami berbincang,kami tidak dapat jawapan yang memuaskan.
Pada 18/4/2008 saya menelefon pusat perkhidmatan pelanggan proton dan memberitahu peaqawau yg meguruskan kes saya.Saya memberitahu apa yg pengurus pemasaran pengedar tersebut memberi tahu kepada pegawai yang nama ibu saya baru sahaja dimasukkan kedalam dealer portal.Dia memberitahu bahawa jika nama baru sahaja dimasukkan di dalam dealer portal bermakna penungguan saya selama 4 bulan itu sia-sia sahaja.Dia memberutahu bahawa selagi pengedar tidak memasukkan nama di dealer portal,selagi itu kereta tidak akan di proses.

Saya merasai bahawa diri saya tertipu dan tidak munasabah bahawa tempahan sudah dibuat selama 4 bulan yg lalu tetapi pihak pengedar tidak request lagi kereta tersebut.Apa yg mereka buat?Masih ada lagi ka wang tempahan rm500 itu? atau mereka mahu kan duit poket baru mereka jalankan kerja?

Diharap sesiap dapat membantu sya untuk menyelesaikan kes ini kerana banyak kerja tergendalan disebabkan masalh ini.

sekian,

Pengarah NCCC : Pengguna adalah dinasihatkan agar segera membuat aduan kepada NCCC sekiranya kenderaan yang ditempah tidak diserahkan dalam tempoh jangkamasa yang di persetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Sekian

 

Last Updated on Friday, 11 September 2009 10:48