Wednesday, 04 Dec 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Fitness Club Complaints - Pusat Perlangsingan
Complaints - Pusat Perlangsingan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 09 January 2010 03:24
Saya ingin membuat aduan mengenai masalah saya. Pada 22/08/2008 saya membayar sebuah syarikat perlangsingan bernilai RM3650.00 tetapi tidak pernah menghadiri sebarang temujanji memandang masa yang diperlukan terlalu panjang dan kerja saya tidak mengizinkan saya menghadiri sebarang temujanji di pusat terbabit.
Pada 02/01/2010 saya menghubungi H.Q Syarikat berkenaan meminta kepastian kepada masalah saya. Pihak syarikat maklumkan saya yang wang tidak akan di kembalikan tetapi� saya perlu menukar kepada produk syarikat berkenaan. Saya tidak dapat menerima kerana pada saya sebarang produk perlu pemantauan pihak syarikat.

Cadangan saya walaupun syarikat membayar walaupun syarikat membayar 60% atas keterlanjuran saya sedia menerima. Di sini saya inginkan kepastian status saya pada pihak yang lebih memahami. Saya tidak membayar deposit tetapi membayar pakej penuh dan jika wang saya tidak dapat di kembalikan terasa yang tidak ada pihak yang adil pada pihak pengguna melainkan peniaga.

Nasihat NCCC :
Kami ingin menasihat para pengguna untuk mengelak diri daripada pakej pakej yang mengenakan bayaran tinggi/mewajibkan bayaran penuh sekaligus/mempromosi sistem auto-debit kad kredit. Ini adalah kerana risikonya amat tinggi kepada pengguna, kami amat berharap pengguna akan membuat segala keputusan dengan was was.

Ms. Matheevani Marathandan
Legal Executive/ Complaint Handling Manager
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
National Consumer Complaints Centre
E-mail : vani@nccc.org.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it