Saya Pengguna lebuhraya Utara-selatan. Pada 22 /01/2011 lebih kurang jam 5.00ptg saya memandu kenderaan bernombor Wxxxxxx dari taiping ke Ipoh. Setiba� di Km 234.7 Tiba - tiba Sekumpulan Kambing melintas. Saya tidak sempat mengelak atau Membrek kenderaan yang lalu melanggar kambing tersebut. Dalam kejadian ini kenderaan saya mengalami kerosakan di sebelah kanan iaitu bumper hadapan kemek & pecah, body kanan kemek serta lain-lain kerosakan di bahagian dalam body.
Saya sudah pun membuat� laporan polis di balai� Polis� Kuala Kangsar� dan juga membuat aduan aduan /tuntutan di Plus Kuala Kangsar. Pada 02/02/2011 saya telah membawa kereta saya ke Perodua Service taiping untuk dinilai kerosakan dan pada 19/2/2011 baru saya dapat serahkan semua document yang berkaitan tuntutan� di Plus Kuala Kangsar. � Sehingga Hari ini saya belum menerima apa- apa tindakbalas dari pihak plus. Diharapkan� pihak tuan dapat membuat saya dalam membuat� tuntutan ini�.
Dalam pada itu saya rasa� kesal dengan kelalaian pihak plus dalam kejadian melanggar binatang di lebuh raya. Rugi saya adalah Rm 1790.90
Tindakan NCCC:� Pihak NCCC membawa kes ini ke perhatian PLUS dan pihak berkuasa. Akhirnya pihak PLUS bersetuju untuk membuat� bayaran tuntutan Rm 1,500.00.
Nasihat : Walaupun, terdapat kecuaian dari pihak lain kami juga ingin mengambil kesempatan untuk menasihati semua pemandu jalan raya agar memandu dengan selamat dan dalam kelajuan yang berpatutan agar dapat mengelak ketika kecemasan.
Jayasilan Kandasamy Complaints Services & Administration National Consumer Complaints Centre (NCCC) |