Wednesday, 04 Dec 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Others HARGA BERLAINAN
HARGA BERLAINAN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 01 June 2011 22:06

Saya dengan keluarga saya jumlah 9 orang dewasa dan 3 budak mengunjungi restoran kok samui pada 1 hb mei 2011, kira-kira pukul 7.45pm -10pm. Kami order 2 medium pot tomyam thalay (dalam menu RM 22.80 setiap medium pot) tetapi charged RM 29.80 setiap pot. Pandan chicken charged RM 36 untuk 12 ketul (dlm menu cuma RM 10.80 untuk 6 ketul), kami order 2 pot kecil charged RM 18.80 setiap pot (dlm menu RM 9.80 sj) 2 ikan kukus (RM 162.50) jumlah bill RM 409.75!!! Owner sangat sombong dan tak sopan langsung! Tiada sesiapa pun beritahu tentang perubahan harga sampai saya bayar bill dan dapati harga charge lebih mahal.

Apabila saya tanya dia, dia salahkan pekerja dia dan enggan ubah harga atas bill. Saya masih simpan resit kalau tuan/ puan perlu nak bukti. Harap tuan / puan boleh siasat dan buat segala yang sepatutnya.
Terima kasih.

NASIHAT NCCC
Kedai makanan pelu mengadakan senarai harga makanan dan mereka patut caj bayaran harga sepeti yang tercatat dalam senarai harga. Jika kedai tersebut mencaj harga berlainan selain daripada yang disenaraikan adalah salah disisi undang-undang.

DEIVIGARANI KRISHNA
PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL

Last Updated on Wednesday, 01 June 2011 22:09