Berwaspada Bayaran Melalui Talian. |
![]() |
Written by Administrator |
Wednesday, 12 October 2011 04:08 |
Saya telah difahamkan agent insuran kenderaan saya bahawa� kenderaan saya tidak dapat diperbaharui roadtax akibat ada saman yang tidak dijelaskan. Saya bekerja sebagai auditor yang tidak mempunyai masa untuk bergerak dalam waktu operasi kerajaan. Saya mengambil keputusan untuk membayar saman PDRM melalui rilek.my yang mempunyai slogan RANGKAIAN INTERAKTIF LAMAN ELEKTRONIK KERAJAAN. Saya membayar saman saya melalui cimb klik sejumlah Rm 150.00 dan Rm 2.00 adalah caj perkhidmatan. Setelah saya semak beberapa kali, sah bahawa tiada saman tertunggak di paparkan oleh website rilek.my. Saya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke PDRM untuk menyemak saman saya. Tetapi situasi sama berlaku di sana. |