Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Jawapan yang saya terima sangatlah mendukacitakan ??? |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Thursday, 14 October 2010 23:52 |
Saya adalah pengguna bas RapidKL bernombor U89 berulang alik dari stesen LRT Kelana Jaya ke kawasan Kota Damansara. Masalah saya ialah mengenai kelewatan bas dan maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan bas sangat tidak tepat dan memuaskan menyebabkan kekeliruan dan kesulitan saya. 1. Saya menaiki bas ini setiap hari Isnin - Jumaat pada pukul 10.00 pagi dari stesen LRT Kelana Jaya ke Kota Damansara. Saya difahami kekerapan bas adalah dalam lingkungan 20 sehingga 30 minit dari hentian pertama stesen LRT Kelana Jaya. Amat mendukacita sekali saya tidak pernah dapat 'menikmati' ketepatan janji RapidKL, tidak kira pada waktu sibuk ataupun tidak. Sebagai contoh, pada 16hb September 2010. Jalan raya amat lengang kerana cuti umum. Namun, saya terpaksa tunggu sehingga 1 jam setengah sebelum dapat menaiki bas ini. Keadaan bertambah teruk apabila adakalanya saya pernah menunggu selama 2 jam untuk menaiki bas tersebut pada hari biasa. Dan sehingga kini, saya belum pernah dapat menaiki bas dalam masa yang telah dimaklumkan. 2. Saya pernah meluahkan aduan saya ke pusat panggilan rapidKL serta menghantar aduan ke emel pihak pengurusan RapidKL baru baru ini, namun jawapan yang saya terima sangatlah mendukacitakan. Saya amat kesal kerana selama 9 bulan saya menggunakan khidmat bas rapidKL, tiada langsung inisiatif untuk meningkatan mutu perkhidmatan. Saya berharap pihak RapidKL tidak memandang remeh isu perkhidmatan bas yang sudah lapuk diperkatakan ini. RapidKL telah diberi kuasa mendominasi sistem pengangkutan awam di ibu kota, tetapi masih gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam. Sikap ketidakprihatin ini secara tidak langsung telah memberi satu imej negatif kepada pengurusan RapidKL, tidak sejajar dengan Visi RapidKL: 'Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berintegrasi, selamat, diperayai dan efisien di Lembah Kelang, berasaskan kewangan yang ditampung. |