Sunday, 24 Nov 2024
You are here: Home
FS Turmeric Cream found to contain scheduled poisonsAwas taktik 'ini nombor baharu' PDF Print E-mail
Written by admin3   
Wednesday, 10 February 2021 10:46

Image result for scamSelasa, 26 Januari 2021 @ 1:51 PM

Petaling Jaya: Menyamar sebagai 'rakan' atau 'saudara' dengan memberi alasan menggunakan nombor telefon baharu. Itu taktik penipuan dalam talian menyebabkan kerugian RM250,000 yang dikesan di daerah ini sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam keadaan negara berdepan pandemik Covid-19, ramai mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Menurutnya, setakat inu pihaknya menerima sebanyak 78 laporan polis berhubung penipuan urusan pinjaman wang dalam talian sejak Januari tahun lalu sehingga kini.

Katanya, kebanyakan kes penipuan itu menggunakan modus operandi menyamar sebagai rakan atau saudara bagi urusan pinjaman wang.

"Berdasarkan keterangan daripada mangsa-mangsa, suspek mulanya akan memperkenalkan diri sebagai 'rakan' atau 'saudara' dan memberitahu nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu kerana nombor telefon asal hilang.

"Malah, suspek turut berjaya memperdaya mangsa dengan meniru suara sebenar atau mirip suara rakan atau ahli keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, suspek menggunakan profil WhatsApp memaparkan gambar rakan mangsa membuatkan mereka bertambah yakin bahawa rakan terbabit sedang dalam kesusahan dan ingin meminjam wang.

"Mangsa diberi nombor akaun bukan milik 'rakan' atau 'saudara' lalu memasukkan wang tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

"Mereka hanya menyedari ditipu apabila menghubungi semula rakannya atau ahli keluarga itu menggunakan nombor telefon asal, tetapi mendapati tiada permintaan meminjam wang seperti didakwa," katanya.

Justeru, katanya, orang ramai diminta berhati-hati atau membuat semakan jika mempunyai keraguan menerusi laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/668165/awas-taktik-ini-nombor-baharu

Last Updated on Wednesday, 10 March 2021 16:37