Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Be cautious of fake Bank Negara app, warns Bukit Aman |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by admin3 |
Tuesday, 18 May 2021 09:20 |
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata wanita berusia 25 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp mendakwa dia memenangi peraduan sebanyak RM3,300. Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan wang bagi mencukupi nilai pada cek yang disediakan oleh pihak syarikat. "Tanpa membuat semakan, mangsa memindahkan wang sebanyak 52 kali ke lapan akaun berbeza secara deposit tunai di mesin juruwang automatik (ATM) sehingga mencecah jumlah RM255,250.99. Elias berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 10 Mei lalu untuk memaklumkan kejadian itu. Berikutan itu, katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. "Polis menasihatkan orang ramai jangan mudah percaya pada panggilan atau WhatsApp menyatakan memenangi apa-apa peraduan dan meminta supaya membayar kos untuk mendapatkan hadiah berkenaan. "Selain itu anda dinasihatkan membuat semakan dengan mana-mana syarikat yang menganjurkan peraduan itu," katanya. Elias menasihatkan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan maklumat melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/stay muat turun "Check Scammers CCID di aplikasi Playstore bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersial terkini melalui http://www Facebook.com/CybercrimeAlertRMP/ atau http://www.facebook.com/JSJKPDRM. � |