Visi & Misi | |
Fungsi NCCC | |
Proses Pengendalian Aduan | |
Carta Organisasi |
Suri rumah rugi RM45,000 ditipu pelaburan bitcoin |
Written by admin3 |
Wednesday, 04 August 2021 12:32 |
Ogos 4, 2021 09:30 MYT Menurut beliau, selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama David Kaminsky memaklumkan wang pelaburan akan digandakan ratusan ribu jika berminat untuk melabur. "Kemudian, pada keesokan harinya, kira-kira jam 3.26 petang, mangsa memasukkan lagi wang sebanyak RM15,000 melalui bitcoin yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Beliau berkata, pada Isnin lalu, mangsa menerima panggilan dari David Kaminsky minta kemasukan wang RM50,000 bagi tujuan pembayaran cukai keuntungan. Jelasnya, suspek mendakwa mangsa akan memperoleh keuntungan pelaburan RM480,000 seandainya memasukkan wang seperti diminta. "Bagaimanapun mangsa tidak mengendahkan permintaan itu kerana wang simpanannya sudah habis dilaburkan selain mula mengesyaki ditipu. "Susulan itu, mangsa telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang Selasa," katanya. Dalam perkembangan sama, Mohd Wazir memaklumkan seorang pelajar berusia 21 tahun turut menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian RM10,960. Menurut beliau, mangsa berminat untuk melabur selepas diperkenalkan rakannya mengenai perolehan berganda sekiranya melabur. Katanya, bermula pada 28 Mei hingga Isnin lalu mangsa telah membuat tujuh transaksi wang berjumlah RM10,960 ke dalam akuan syarikat pelaburan. "Selepas itu, mangsa menghubungi rakannya memaklumkan wang sudah dimasukkan, sebaliknya mangsa diberitahu bahawa akaun terbabit telah disekat pihak bank. "Mangsa kemudian menghubungi semula rakannya, namun panggilan itu telah disekat. Mangsa berasa tertipu dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada petang Selasa," katanya. � Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/suri-rumah-rugi-rm45000-ditipu-pelaburan-bitcoin-312141 |