Henti tuntutan insurans tak adil, kerajaan diberitahu |
![]() |
Monday, 13 December 2021 15:18 |
CEO FOMCA, Saravanan Thambirajah berkata sekiranya dua kereta berlanggar, kedua-dua pihak mesti membuat laporan polis. �Hanya jika pelaku itu membuat laporan polis, barulah mangsa boleh menuntut insurans orang itu, jika tidak mereka terpaksa menggunakan insurans sendiri. Saravanan berkata, satu lagi isu penting melibatkan pemandu tanpa insurans kereta sah yang juga boleh terlepas daripada dipertanggungjawabkan. Katanya, golongan itu boleh membaharui insurans tahunan tanpa dipertanggungjawabkan bagi tuntutan kemalangan terdahulu. Saravanan berkata polis wajar mewujudkan agensi berasingan untuk mengendalikan kes kemalangan kerana berdepan ratusan kes seperti itu setiap hari. Katanya, Bank Negara Malaysia selaku pengawal selia syarikat insurans juga perlu membetulkan keadaan ini dengan segera. �Langkah tegas perlu diambil untuk mengekang keadaan ini sebelum lebih ramai pengguna jalan raya yang tidak bersalah menjadi mangsa kelopongan undang-undang dan pemandu yang tidak bertanggungjawab. �Pesalah mesti dihukum, dan mangsa yang tidak berdosa perlu dilindungi menerusi insurans, tanpa kehilangan NCB.� � |