Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : Perkasa pertanian cara terbaik elak inflasi |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 17:05 |
KENAIKAN harga barang keperluan, termasuk yang terbaru ayam dan roti di dalam pasaran domestik negara berada pada tahap semakin membimbangkan. Dasar pasaran kita yang terlalu bergantung kepada ukuran permintaan dan penawaran tanpa kawalan daripada pihak bertanggungjawab akan menyebabkan berulangnya krisis inflasi. Isu ini mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia berikutan ia bersangkutan dengan kos sara hidup yang perlu ditempuhi mereka. Hanya yang menjadi titik perbezaan adalah tahap pendapatan mereka setiap bulan. Bagi golongan berpendapatan rendah seperti petani, buruh, dan pengusaha kecil, fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan. Jika dinilai, ada beberapa faktor menyumbang kepada kenaikan harga barang ini yang secara tidak langsung membawa kepada krisis inflasi. Faktor yang dilihat paling utama adalah kenaikan harga bahan api. Kenaikan minyak di pasaran dunia yang mencecah AS$100 setong tambah merumitkan keadaan. Pada masa sama, pasaran minyak Malaysia juga seolah-olah seperti pasaran di negara pengimport bahan bakar itu yang terlalu bergantung kepada kadar harga di pasaran antarabangsa. Lantaran itu, seperti yang diramalkan, tindakan yang bakal diambil kerajaan untuk menangani masalah itu adalah dengan mengurangkan pemberian subsidi minyak sedia ada kepada rakyat.
Menurut beliau, restoran itu adalah satu-satunya milik Bumiputera di situ. Alasan yang diberikan pihak pengurusan adalah kerana mengikut harga pasaran. Maka demi mempertahankan survival perniagaan peniaga, mereka terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Dalam menangani permasalahan ini, beberapa dasar kerajaan perlu diubah. Ini turut membabitkan pemerkasaan kepada dasar pertanian. Jika dilihat, pelaksanaan dasar ini hanya bergantung kepada kesanggupan politik pemimpin kerajaan. Maka, suatu usaha perlu dilakukan untuk memastikan pemerkasaan kepada dasar ini dikekalkan walau siapa pun yang menjadi pemimpin. Sekiranya dasar pertanian kita diperkasakan, kita berupaya mengeluarkan produk bahan keperluan isi rumah dan secara tidak langsung mampu menampung permintaan kepada bahan itu. Maka, sudah tentu kenaikan harga bahan keperluan dapat dikawal memandangkan hasil pengeluaran selari dengan permintaan. Teori ekonomi Ibnu Khaldun pernah menyatakan, untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat, maka pengurangan bebanan seperti cukai dan harga minyak perlu dilakukan. Ini termasuk pemberian subsidi daripada kerajaan kepada peniaga khususnya Bumiputera bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga barang. Apabila bebanan rakyat seperti kadar cukai, harga minyak, dan sebagainya berjaya dikurangkan, ia akan menggalakkan lagi rakyat berbelanja. Maka, akan bertambahlah bilangan pengusaha dan pembekal. Kesannya, kerajaan akan memperoleh semula hasil perbelanjaan rakyat itu menerusi cukai yang dikutip daripada pertambahan bilangan pengusaha dan pembekal berkenaan. Kerajaan juga perlu menggiatkan usaha penyelidikan untuk mencari sumber alternatif kepada keperluan petrol seperti minyak kelapa sawit. Hasil daripada penemuan bahan gentian itu dapat membantu kita mengurangkan kadar kenaikan harga minyak. Jika kerajaan tidak menangani kenaikan harga barang, inflasi akan meningkat seterusnya kos hidup mencanak sekali gus rakyat menderita.
|