Visi & Misi | |
Fungsi NCCC | |
Proses Pengendalian Aduan | |
Carta Organisasi |
Utusan Malaysia :RM25 beli maklumat dari CTOS |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 11:15 |
6 Julai 2007 KUALA LUMPUR- Laporan polis dibuat terhadap Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) hari ini selepas syarikat itu didakwa menjual maklumat kewangan peribadi seorang wanita kepada bekas suaminya untuk digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah Wanita itu dalam laporannya mendakwa maklumat tersebut dijual oleh syarikat itu pada harga RM25. Wanita berkenaan, Norhayati Abdullah, 48, bekas eksekutif bank, membuat laporan tersebut, yang pertama terhadap CTOS, di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini kira-kira pukul 11 pagi ini. Norhayati yang berasal dari Bukit Antarabangsa, Ampang di sini mendakwa tindakan CTOS menjual atau mendedahkan maklumat kewangan beliau untuk dijadikan bahan bukti oleh peguam syarie bekas suaminya dalam perbicaraan di mahkamah syariah adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab. �CTOS bukan saja mendedahkan maklumat kewangan saya tetapi turut mencetak dan menjual dokumen itu kepada bekas suami saya dengan harga cuma RM25,� katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. Menurut Norhayati, dia hanya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh peguam yang dilantiknya untuk mengendalikan kes itu. �Peguam saya beritahu dokumen daripada CTOS yang mengandungi maklumat kewangan saya telah digunakan oleh peguam syarie bekas suami saya. �Dokumen itu dipercayai akan digunakan dalam satu perbicaraan tuntutan terhadap bekas suami saya,� ujarnya. Menurut Norhayati, pendedahan maklumat tersebut akan menimbulkan masalah terhadap dirinya terutama ketika dia berurusan dengan bank bagi membuat pinjaman. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut. |