Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Berita Harian : Resorts World nafi anjur peraduan
Berita Harian : Resorts World nafi anjur peraduan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 12:42

 

KUALA LUMPUR: Resorts World Bhd meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan kegiatan penipuan yang mendakwa mereka memenangi hadiah ditawarkan Kumpulan Genting itu melalui panggilan telefon, e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Penolong Pengurus Perhubungan Awam Resorts World Bhd, Mona Kho, berkata kegiatan penipuan itu dikatakan menghubungi mangsa dan mendakwa mereka dipilih sebagai pemenang sesuatu program serta layak memenangi hadiah, termasuk wang tunai. 

Katanya, Kumpulan Genting tidak pernah mengambil bahagian atau menganjur sebarang peraduan serta kempen yang meminta pemenang menuntut hadiah di Genting Highlands Resort.

“Kita minta semua ahli atau pelanggan supaya lebih berhati-hati sekiranya menerima SMS, e-mel atau panggilan telefon seperti itu.

“Pengurusan memandang serius perkara ini dan sudah membuat laporan polis. Jika orang ramai masih menerima panggilan daripada pihak berkenaan, jangan berikan sebarang maklum balas dan terus hubungi kami untuk pengesahan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Mangsa atau orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi terus Pusat Khidmat Pelanggan Resorts World Bhd, di talian 603-6105 2008 atau e-mel - This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .