Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Harian Metro : Umpan nama CNI tarik pelaburan
Harian Metro : Umpan nama CNI tarik pelaburan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 12:59

 

ALOR STAR: Satu sindiket skim cepat kaya yang menggunakan nama sebuah syarikat jualan langsung terkemuka dikesan bergiat cergas untuk memperdaya orang ramai di negeri ini membabitkan kutipan pelaburan mencecah RM3 juta.

Sehingga ini, syarikat jualan langsung berkenaan, CNI Holdings Sdn Bhd (CNI) mengesan sekitar 300 orang menjadi mangsa penipuan itu yang membabitkan pelaburan cepat kaya antara RM5,000 hingga RM10,000.

Sindiket yang didakwa bergerak cergas di Kedah dipercayai memulakan kegiatan itu sejak tiga atau empat bulan lalu dengan menjadikan individu atau syarikat tertentu sebagai sasaran.

Pengurus Bahagian Perkhidmatan Pengedar dan Pelanggan CNI, Vivien Lim, berkata sindiket itu menjanjikan pulangan lumayan antara lima hingga 10 peratus daripada jumlah pelaburan setiap bulan.

Untuk meyakinkan mangsa, ahli sindiket itu juga menyerahkan sejumlah barangan keluaran CNI ketika mengambil wang daripada mangsa.