Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Harian Metro : Paksa bayar pendahuluan
Harian Metro : Paksa bayar pendahuluan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 13:04

14 November 2007

 

KEPONG: Sindiket penipuan kad koyak dan menang dikesan semakin agresif apabila memperdaya mangsa melalui cara paksaan dengan 'mewajibkan' mereka membayar sejumlah wang bagi mendapat pelbagai hadiah yang keseluruhannya bernilai RM1.5 juta sebaik kertas terbabit dikoyakkan.

Mangsa biasanya diumpan melalui ejen yang pandai 'berlakon' seolah-olah mendesak mangsa selain meyakinkan mereka membayar sejumlah wang sebagai syarat dan peraturan yang ditetapkan sebelum mendapat hadiah selepas mengoyak kad berkenaan.

ifahamkan, biarpun pada awalnya dipaksa, kebanyakan mangsa mula 'gelap mata' selepas membuka kad dan mengetahui hadiah ditawarkan, tiga alat perkakasan elektrik termasuk penyedut hampagas dengan diskaun separuh harga RM3,397.

Bagaimanapun, sindiket itu berjaya dilumpuhkan apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan menyerbu 'markas' syarikat jualan langsung di Desa Aman Puri di sini, semalam.

Serbuan jam 12.15 tengah hari itu dilakukan lima anggota penguat kuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan.

Ketika serbuan, seorang pekerja syarikat terbabit berusia 28 tahun ditemui sedang membuka stor tempat ratusan barangan elektrik disimpan termasuk ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi.

Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan, Othman Nawang, berkata pihaknya membuat serbuan di premis itu selepas mendapat aduan orang ramai.

"Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan sejak 2004 berdasarkan lesen perniagaan dan rampasan barangan dianggar RM50,000.

"Mereka memperdayakan orang ramai di kawasan tumpuan termasuk di hadapan bank, pasar raya dan rumah di sekitar Lembah Klang terutama di Sungai Buloh dan kawasan ini," katanya, semalam.

Menurutnya, sindiket ini menggunakan kaedah memaksa membuatkan mangsa menjadi serba salah sebelum terperangkap dengan syarat dan peraturan kononnya mereka perlu membayar sejumlah wang sejurus mengoyak kad diberikan.

 

 

Last Updated on Friday, 11 September 2009 13:05