Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Berita Harian : Segera uji had Pb dalam alat permainan
Berita Harian : Segera uji had Pb dalam alat permainan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 14:36

 

KAMI hairan dengan sikap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), yang belum melakukan tindakan susulan melaksanakan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak.

Dengan kedatangan Aidiladha, Krismas dan tahun baru, alat permainan cukup digemari kanak-kanak hingga ibu bapa terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk memenuhi permintaan anak mereka. 

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, sejak Mei lalu meminta KPDNHEP melaksanakan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak susulan tindakan Albania (yang tidak begitu maju dari segi ekonomi berbanding Malaysia) meluluskan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak di negara itu.

Walaupun masalah kandungan plumbum melebihi had ditetapkan dalam standard keselamatan alat permainan, kanak-kanak memerlukan tindakan segera dan walaupun risiko kepada kesihatan kanak-kanak terbukti, KPDNHEP belum melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mereka terhadap pengguna.

Kami juga tidak begitu yakin dengan sistem kesihatan awam berikutan kenyataan Menteri Kesihatan baru-baru ini susulan kelalaian pihak hospital mengakibatkan kehilangan sebahagian lengan bayi Yok Shan.

Kami harap Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif untuk menguji kanak-kanak untuk kandungan plumbum (Pb) dalam darah mereka.

Data sedemikian, jika ada, mungkin memberikan bukti kukuh untuk mengharamkan sama sekali plumbum dalam petrol, cat rumah dan peralatan seramik.

Kami mahu KPDNHEP menjalankan ujian untuk menentukan kandungan plumbum dalam alat permainan kanak-kanak di pasaran dengan segera. Jika ada kandungan plumbum melebihi had dibenarkan dalam standard keselamatan alat permainan, barang itu harus ditarik balik.

Kementerian Kesihatan tidak harus puas hati dengan statistik yang melindungi mereka daripada melaksanakan tanggungjawab untuk melindungi masyarakat.

Mereka harus mengarah semua kemudahan penjagaan kesihatan (awam dan swasta) termasuk pusat kecemasan mengumpul data kekerapan kecederaan dan kecemasan disebabkan kemalangan di rumah dan juga kejadian keracunan makanan.

Kami berharap agar kedua-dua kementerian melaksanakan dasar meningkatkan kualiti hidup rakyat secara langsung dan tidak langsung untuk menjamin kesihatan rakyat.


RATNA DEVI NADARAJAN,

Pengarah
Persatuan Pengguna Standard Malaysia (MASU).