Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Bernama : Bawang Merah Import Dari India RM12 Sekilo Di Sarawak
Bernama : Bawang Merah Import Dari India RM12 Sekilo Di Sarawak PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 14:41

24 Disember 2007

 

KUCHING -- Harga bawang merah gred satu yang diimport dari India mencecah harga paling tinggi hari ini apabila ia dijual RM12 sekilogram berbanding RM5 pada harga siling.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negari dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak Rodin Mamat berkata kenaikan harga bawang itu berpunca daripada masalah kekurangan bekalan bawang merah kecil di pasaran tempatan.
"Kami jangka masalah bawang merah kecil yang dijual pada harga tinggi ini hanya sementara dan selepas Krismas ia akan kembali pada harga biasa," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Beliau berkata keadaan cuaca yang buruk di India telah menaikkan harga siling bawang di negara itu iaitu daripada USD1,300 setan awal bulan ini kepada USD1,660 setan ketika ini.

Keadaan laut yang bergelora juga telah melambatkan proses penghantaran bekalan bawang merah kecil ke Pelabuhan Pulau Pinang dan Kuching menyebabkan hampir 20 peratus daripada bawang terbabit rosak dan tidak boleh dijual, katanya.

Sehubungan itu, Rodin menasihatkan pengguna supaya membeli bawang merah besar yang diimport dari Belanda dan China sebagai alternatif kepada bawang merah kecil.

Beliau berkata pada masa ini bawang merah besar Belanda dijual pada harga RM2.60 sekilogram dan bawang merah kecil China RM5 sekilogram manakala bawang putih pada harga RM3.20 sekilogram.

"Masalah kenaikan juga berlaku kerana majoriti orang Sarawak lebih gemar menggunakan bawang merah kecil India berbanding bawang merah besar dan kecil dari Belanda dan China," katanya.

Rodin berkata sebanyak 30 tan bekalan bawang merah kecil yang dimport dari India akan tiba di Kuching Khamis ini dan ia dijangka mampu mengatasi masalah kenaikan harga itu.


-- BERNAMA