Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Utusan Malaysia : Harga pakej Astro bebankan pengguna
Utusan Malaysia : Harga pakej Astro bebankan pengguna PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 15:55

 

Forum

SAYA adalah antara berjuta pelanggan setia perkhidmatan Astro sejak lima tahun yang lalu. Setiap kali pihak Astro mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan siarannya, saya sebagai seorang pesara kerajaan dan keluarga tidak pernah merungut mengenai kenaikannya kerana kami faham mengenai segala kos yang terpaksa pihak Astro tanggung demi memuaskan hati para pelanggannya.

Tetapi pengumuman harga pakej terkini yang diberikan oleh pihak Astro bermula 13 Oktober ini amat melampau dan tidak munasabah dan sememangnya membebankan pengguna seperti saya.

Kebanyakan saluran baru yang diperkenalkan oleh pihak Astro adalah stok-stok lama dan adakalanya tidak boleh digunakan pada tahun-tahun mendatang dalam erti kata salurannya tidak terkini dan inovatif untuk diikuti pada masa kini.

Sejak pertengahan tahun ini, pihak ASTRO telah memperkenalkan saluran seperti Discovery Home & Health, Crime & Investigation Network, Discovery Real Time dan History Channel telah menarik pelbagai pihak kerana info dan maklumat yang disediakan oleh saluran tersebut amat berguna untuk seisi keluarga dan sebagai menambah pengetahuan umum.

Namun sejak penstrukturan semula saluran ke pakej-pakej jualannya, kesemua saluran kegemaran masyarakat ini telah dipecahkan di mana tiga daripadanya telah dimasukkan ke dalam pakej - Metro yang bernilai RM14.95, yang mana pada pendapat saya kesemua saluran yang diletakkan di bawah pakej ini (Metro) boleh diletakkan di bawah pakej Learning dan Variety.

Persoalan yang timbul kenapa saluran Astro Aruna, Astro Kirana, KBS World dan Astro Ceria tidak diletakkan di bawah pakej seperti Dynasty dan Fun?

Adakah pihak Astro berkeinginan membuka satu lagi pakej untuk saluran ini yang mana ia ‘percuma’ sehingga akhir Disember 2007 ini.

Pihak Astro tidak seharusnya memikirkan bagaimana mengaut keuntungan berkali-kali ganda daripada pelanggannya, kerana selama ini, Astro telah pun untung berlipat kali ganda daripada para pelanggannya.

– ANTIMONOPOLI,

Perak.