Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Harian Metro : Periksa status syarikat beri credit
Harian Metro : Periksa status syarikat beri credit PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 16:02

"Kami dapati along kini mendakwa mereka menjalankan aktiviti pinjaman wang sah dengan memasukkan nombor pendaftaran palsu syarikat dalam kad dan poster yang diedarkan secara meluas.

"Apabila orang ramai meminjam dengan along, mereka terpaksa membayar kadar faedah tidak munasabah selain berisiko diancam pelbagai cara termasuk membabitkan keluarga," katanya pada sidang media bersama Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong di Wisma MCA di sini, semalam.

Dalam sidang media itu, persatuan terbabit turut meminta supaya kerajaan dapat menaikkan kadar faedah bagi pinjaman yang dikatakan rendah yang diberikan Persatuan Pemberi Pinjaman Wang berlesen Malaysia.

"Jika hendak dibandingkan dengan bank yang memberi pinjaman kepada pelanggan mereka, kami mengenakan kadar faedah yang rendah kepada setiap peminjam.

"Ini tidak adil kerana ada bank yang mengenakan faedah yang tidak munasabah dan terlalu tinggi kepada pinjaman," katanya.

Menurutnya, ahli persatuan mereka juga mempunyai lesen yang sah dan jika peminjam ingin membuat pinjaman mereka hanya mengambil masa yang singkat untuk meluluskan pinjaman.

"Ini berbeza dengan bank yang mengambil masa lama untuk meluluskan pinjaman.

"Sudahlah proses yang dilakukan terpaksa menunggu masa yang lama, kadar faedah yang dikenakan juga terlalu tinggi berbanding yang ditawarkan persatuan kami," katanya.