Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Harian Metro : Peniaga enggan jual
Harian Metro : Peniaga enggan jual PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 09:23

 

ALOR STAR: Permintaan jualan tepung gandum yang diperkaya vitamin di negeri ini berkurangan disebabkan peniaga enggan menjualnya kerana tidak mendapat sambutan daripada pengguna sejak kebelakangan ini.

Peniaga mendakwa harga sepeket tepung berkenaan lebih mahal antara RM2.30 hingga RM2.80 berbanding tepung gandum biasa sekitar RM1.50 menyebabkan ia sukar dijual.

Tinjauan Harian Metro di beberapa kedai runcit dan pasar raya di bandar raya ini mendapati, tepung gandum diperkaya vitamin itu dijual dalam kuantiti sedikit kerana kurang mendapat sambutan pengguna.

Kebanyakan peniaga menjual dengan harga lebih dari RM2.20 sehingga mencecah antara RM2.30 hingga RM2.50 bagi setiap paket.

Peniaga mendakwa kenaikan harga tepung berkenaan disebabkan oleh tindakan pembekal yang menaikkan harga sesuka hati selain mendakwa pihak lain yang menaikkan harga berkenaan.

Sementara itu, wakil syarikat pemborong ketika dihubungi berkata, permintaan bagi tepung gandum diperkaya vitamin kurang mendapat sambutan sejak kenaikan harga barangan berkenaan, minggu lalu.

Katanya, harga tepung gandum diperkaya itu dijual pada harga RM57.50 sekampit dan ia bergantung pada jenama tepung gandum berkenaan.

“Kami menjualnya mengikut harga yang ditetapkan dan bukannya sengaja menaikkan harga sesuka hati,” katanya ketika dihubungi semalam.

Seorang peniaga restoran, Mohammad Hussein S Mahariguariah, 35, berkata dia kecewa dengan tindakan pembekal yang enggan memberi resit kepadanya ketika proses menjual beli menyebabkannya menjadi keliru.

Katanya, syarikat pemborong terbabit mengenakan harga RM58 sekampit, sedangkan ia hanya berharga RM57.50 sekampit.

“Disebabkan harganya mahal, saya terpaksa menjual roti canai RM1 sekeping untuk memperoleh sedikit untung,” katanya.