Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Harian Metro : Atasi kelemahan kawalan harga
Harian Metro : Atasi kelemahan kawalan harga PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 09:25

19 October 2007

 

KUALA LUMPUR: Kekurangan yang wujud dalam peraturan harga barang kawalan seperti yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menyebabkan pihak pembekal mengambil kesempatan mempergunakannya bagi mengaut untung berlebihan.

Penasihat Gabungan Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Hamdan Adnan, berkata pembekal yang licik berjaya menggunakan kelemahan itu untuk kepentingan mereka.

Beliau berkata, sikap itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan jualan tepung gandum yang diperkaya vitamin berbanding tepung biasa yang dikawal harganya oleh kerajaan.

“Dengan hanya menambah vitamin dan zat galian, tepung berkenaan terus bebas daripada kawalan kerajaan dan harganya ditetapkan secara sesuka hati oleh pembekal. Ini menunjukkan bagaimana mudahnya peraturan yang ditetapkan diperkotak-katik.


“Ini kerana dalam peraturan hanya harga tepung gandum biasa saja yang mendapat kawalan tetapi apa yang berlaku sekarang, tepung diperkaya pula yang lebih banyak di pasaran,” katanya ketika dihubungi semalam.