Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Utusan Malaysia : Harga kacang tanah, minyak sapi naik menjelang raya
Utusan Malaysia : Harga kacang tanah, minyak sapi naik menjelang raya PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 09:29

 

Forum 

TINJAUAN yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam menunjukkan peningkatan ketara harga kacang tanah dan minyak sapi berjenama GBB.

CAP mendapati harga kedua-dua barang itu telah meningkat daripada antara 11 peratus dan 23 peratus dalam tempoh beberapa hari lalu.

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, kacang tanah dan minyak sapi akan mendapat permintaan besar. CAP menggesa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyiasat peningkatan harga ini memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruknya oleh peningkatan harga barangan ini.

Langkah itu lebih perlu memandangkan permintaan tinggi terhadap kacang tanah dan minyak sapi menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Tindakan segera perlu diambil untuk menurunkan harga dan mengawal harga semua barangan.

– S M MOHAMED IDRIS,

Presiden CAP.