Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Harian Metro : Imbangi harga penuhi kehendak semua pihak
Harian Metro : Imbangi harga penuhi kehendak semua pihak PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 09:33

 

Rakyat sepatutnya memahami harga barangan kawalan perlu berubah mengikut keadaan semasa bagi memastikan ia ditetapkan pada kadar tidak terlalu tinggi supaya tidak membebankan pengguna atau terlalu rendah hingga merugikan pengeluar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata kejayaan kerajaan menetapkan satu kadar yang seimbang antara pengguna dan pengeluar itulah yang dapat membendung kadar inflasi negara.

"Dalam sistem kawalan harga ini, kita tidak boleh tetapkan harga terlalu tinggi atau terlalu rendah.

"Kalau kita letak harga terlalu rendah nanti pengeluar tidak mampu mengeluarkan barangan, kalau harga terlalu tinggi nanti pengguna tidak mampu beli.

"Jadi kita berusaha mengimbanginya supaya ia bukan saja dapat memenuhi kehendak pengguna, tetapi juga pengeluar," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa kementeriannya bersama media di sini, malam tadi.

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S Veerasingam; Setiausaha Parlimen kementerian, Hoo Seong Chang; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad, (NSTP), Datuk Syed Faisal Albar; Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Kira-kira 500 wakil daripada pelbagai pertubuhan media cetak dan elektronik menghadiri majlis berbuka puasa itu.

Shafie berkata, tahap kesedaran pengguna di negara ini sudah berubah dan meningkat berbanding sebelumnya hasil kerjasama erat daripada media yang menyalurkan maklumat yang seimbang.

Katanya, peranan media sebagai penyampai maklumat dan pendidik masyarakat melalui kerjasama dengan kementerian harus dikekalkan demi kepentingan rakyat dan negara.

 

Last Updated on Monday, 14 September 2009 09:34