Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Berita Harian :Harga barang semakin turun
Berita Harian :Harga barang semakin turun PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 10:39
 
KUALA LUMPUR: Harga sebahagian barang keperluan harian di pasar sekitar ibu kota didapati semakin menurun semalam, manakala sebahagian lagi kekal pada harga kelmarin dengan sebahagian lagi mencatatkan sedikit kenaikan.
 

Tinjauan Berita Harian di Pasar Chow Kit mendapati, harga tomato turun 30 sen kepada RM4.50 sekilogram (kg), manakala kacang panjang pula turun 50 sen kepada RM3 sekilogram.

Di Pasar Keramat, harga ayam turun 30 sen kepada RM5.50 sekilogram, sawi turun 50 sen kepada RM2.50, dan harga bayam dan cili merah masing-masing turun RM1 kepada RM2 dan RM7 sekilogram.

Bagaimanapun harga tomato, kacang buncis dan kacang panjang di pasar sekitar bandaraya masing-masing naik RM1 kepada RM5, RM7 dan RM4 sekilogram.

Di MELAKA, harga kembung turun 20 sen kepada RM6.30 sekilogram dan harga tomato pula turun 50 sen kepada RM4 sekilogram, manakala di PERLIS, harga sawi dan kubis masing-masing turun 50 sen kepada RM3.50 dan RM3 sekilogram.

Di PULAU PINANG, harga tomato turun 50 sen kepada RM4.50 sekilogram, di KOTA BHARU pula harga ubi kentang naik 50 sen kepada RM2 sekilogram manakala di ALOR STAR harga tomato naik 40 sen kepada RM3 sekilogram.

Sementara itu di KOTA KINABALU, SHAH ALAM, SEREMBAN dan JOHOR BAHRU harga barangan tidak banyak mencatatkan kenaikan harga.

Bagaimanapun di IPOH, harga udang sederhana naik RM3.50 kepada RM15.50 sekilogram, sawi turun 50 sen kepada RM2, manakala di KUANTAN, harga kacang buncis naik RM1 kepada RM7 dan bawang besar pula naik 20 sen kepada RM2.60 sekilogram.

Di KUALA TERENGGANU, harga sayuran di sini turun semalam, termasuk sawi turun 80 sen kepada RM2.20 sekilogram, cili merah dan tomato masing-masing turun 50 sen kepada RM6.50 dan RM4.50, kubis pula turun 20 sen kepada RM2.60 sekilogram.

Di KUCHING pula, harga bawal putih turun mendadak sehingga RM19 kepada RM16 sekilogram berbanding RM35 kelmarin, manakala cili merah turun RM4 kepada RM8 sekilogram, bayam dan tomato pula masing-masing turun RM1 kepada RM3 dan RM5 sekilogram