Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Utusan Malaysia : Lesen 20 syarikat dibatalkan kerana terbabit aktiviti `gores dan menang'
Utusan Malaysia : Lesen 20 syarikat dibatalkan kerana terbabit aktiviti `gores dan menang' PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 10:53

28 November 2007

 

KUALA LUMPUR 27 Nov — Sebanyak 20 buah syarikat jualan langsung telah dibatalkan lesen perniagaan mengikut Akta Jualan Langsung (AJL) kerana terlibat dalam aktiviti “Gores dan Menang” setakat tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk S.Veerasingam.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya didatangi oleh pekerja syarikat yang menawarkan aktiviti itu.

“Jika ada sebarang aduan, mereka yang terlibat boleh ditahan di bawah Akta Jualan Langsung. Tetapi bagi syarikat biasa yang menawarkan hadiah, kita tidak boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Tahunan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di sini hari ini.

Veerasingam berkata, sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes yang melibatkan penipuan gores dan menang dan sepanjang tahun lepas sebanyak 1,499 kes melibatkan jualan langsung dilaporkan.

Dalam pada itu, Veerasingam melahirkan rasa gembira dengan peranan yang dimainkan oleh NCCC dalam usaha membantu menyelesaikan masalah pengguna serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak mereka sebagai pengguna.

Berikutan itu katanya, orang ramai kini semakin peka tentang hak mereka serta menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan.

Beliau berkata, sejak Januari lepas Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia berjaya menyelesaikan 6,030 daripada 7,353 kes yang dirujuk kepadanya.

Daripada jumlah itu 3,899 kes melibatkan barangan manakala 3,454 kes lagi melibatkan perkhidmatan, katanya. -Bernama