Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Berita Harian : Kaedah genap sen tak sesuai
Berita Harian : Kaedah genap sen tak sesuai PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:10

 

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) bimbang Mekanisme Penggenapan syiling satu sen tidak memberi faedah kepada pengguna sekiranya peniaga mengambil kesempatan menggunakan kaedah itu untuk membuat keuntungan lebih mudah. 

Bagaimanapun, Fomca percaya mekanisme yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu sebagai kaedah yang boleh membantu mengelak kerugian pengguna.

Presidennya, Datuk N Marimuthu, berkata bagi harga barang atau perkhidmatan seperti keperluan harian dapur, penggunaan telefon, elektrik dan air, jika bil keseluruhan berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh sen, ia memberi keuntungan kepada pengguna apabila harga digenapkan kepada lima sen terdekat.

Sebaliknya, beliau berkata, jika harga keseluruhan bil berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan sen, ia akan dinaikkan kepada lima sen terdekat dan harga itu tidak terlalu tinggi.

"Kita bimbang syarikat perniagaan dan pasar raya ?buat perangai? meletakkan harga barang yang lebih mudah dinaikkan kepada lima sen terdekat," katanya ketika dihubungi semalam.