Sunday, 01 Sep 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Harian Metro : Buka Permohonan Permit Import
Harian Metro : Buka Permohonan Permit Import PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:13
v

22 Oktober 2007 

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi peluang kepada pemohon permit import luar yang sanggup membekalkan makanan berkualiti dengan harga lebih rendah ke negara ini.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu, berkata langkah itu adalah sebahagian daripada jalan alternatif untuk memastikan harga barang keperluan dapat dikawal.

"Dengan pembukaan permohonan permit import, kita dapat menilai harga pasaran sekali gus membuat pilihan sama ada mahu bekalan berkualiti dengan harga lebih rendah atau sebaliknya," katanya.

Menurut Marimuthu, selain bergantung pada langkah kerajaan, pengguna juga perlu sedar bahawa Malaysia bukan negara pengeluar makanan.

"Pengguna harus faham bahawa kita bukanlah negara pengeluar makanan.

"Justeru penentuan harga barangan di sini banyak bergantung kepada faktor bekalan dan harga yang ditetapkan oleh negara pembekal," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik licik segelintir pembekal yang mengeluarkan tepung gandum dengan label 'diperkaya vitamin' bagi mengaut untung berlebihan.

Bagaimanapun tindakan itu menarik perhatian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, yang menegaskan bahawa pihaknya akan masuk campur dan berbincang bagi memastikan harga tepung itu tidak melampaui batas.