Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : Pengguna telefon bimbit kena bijak pilih pelan langganan |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 11:33 |
PENGGUNA telefon bimbit kini mempunyai pelbagai pilihan kerana perang harga di kalangan syarikat telekomunikasi (telco) menyebabkan lebih banyak lagi pelan langganan yang lebih murah dan lebih baik diperkenalkan dari semasa ke semasa. Kelebihan prabayar adalah tiada kejutan bil, sesuai bagi remaja dan pengguna kali pertama , anda tidak terikat dengan kontrak, jadi boleh menukar pelan dengan mudah. Tetapi keburukannya panggilan terhad mengikut jumlah nilai prabayar, kadar berbeza bagi panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS), jadi anda perlu mengenal pasti cara penggunaannya. Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menyenaraikan beberapa langkah mudah seperti digariskan dalam buku panduannya mengenai Kewangan Peribadi. Anda pastinya tidak mahu melanggan dengan mana-mana khidmat yang liputannya kurang memuaskan. Adalah malang jika lokasi yang tiada liputan itu adalah tempat di mana anda banyak menghabiskan masa, seperti pejabat atau kediaman anda. Dan jika anda sering kali merantau, pastikan pelan itu mempunyai khidmat perayauan. l Kaji semula harga pelbagai pelan Ia bahagian yang paling sukar, tetapi penting kerana ia akan mempengaruhi pilihan anda. Antaranya khidmat perayauan. Ia mungkin bukan pertimbangan jika kebanyakan masa anda hanya membuat panggilan tempatan. Ada pelan langganan yang menawarkan diskaun besar bergantung kepada tempoh panggilan dan sama ada panggilan dibuat ketika waktu puncak atau luar puncak. Meneliti dengan cermat pelan ini boleh membantu mengenal pasti pilihan terbaik. Kebanyakan pelan menghitung tempoh panggilan mengikut angka bulat minit terdekat. Panggilan yang dikenakan bayaran setiap saat atau setiap 30 saat boleh membawa perbezaan besar dalam bil anda. Carilah pelan yang menawarkan ciri standard tanpa sebarang kos tambahan. Ciri standard ini termasuk menunggu panggilan, mel suara, memindahkan panggilan dan sejak kebelakangan ini, khidmat perayauan. Bagi bayaran pembatalan, ia hanya bagi pengguna khidmat pasca bayar. Secara lazim, akan terdapat tempoh kontrak minimum sekurang-kurangnya 12 bulan. Jadi, periksa sama ada terdapat bayaran jika anda menamatkan pelan itu sebelum tempoh kontrak tamat. Dalam pada itu anda mungkin membayar lebih untuk membuat panggilan ke rangkaian mudah alih lain berbanding rangkaian sama. Panggilan serta mesej teks adalah lebih mahal jika anda menggunakan telefon bimbit di luar negara. Anda lazimnya akan dikenakan bayaran untuk menerima panggilan dan mel suara ketika berada di luar negara. Bayaran yang dikenakan serta khidmat yang boleh didapati boleh berbeza di negara yang anda berada. Jadi, adalah wajar anda menilai kadar bayaran terlebih dulu. Bagaimanapun, jika anda berjaya memilih pelan yang tepat tetapi menggunakannya dengan rakus, bil boleh melebihi belanjawan anda. Untuk mengelakkan ini, anda perlu sedar akan tabiat buruk dalam membuat panggilan. Jadi jika anda terus membuat panggilan apabila terasa bosan atau tidak sabar menunggu untuk berkongsi apa-apa berita dengan rakan, maka anda perlu cuba mengubah tabiat ini. Mesej teks boleh jadi lebih murah berbanding panggilan suara. Bagaimanapun, khidmat mesej teks tertentu adalah mahal khasnya yang membabitkan pertandingan, pengundian atau promosi. Jadi fikirkanlah dua kali sebelum anda turut serta dalam promosi melalui televisyen atau radio atau mengundi bakat pilihan anda dalam program hiburan siaran langsung. Elakkan menghantar SMS dengan harapan memenangi hadiah besar kerana lazimnya anda akan membayar lebih banyak dan tidak memenangi apa-apa hadiah. Pelbagai pelan mudahalih yang ada hari ini mungkin menggoda tetapi elakkan daripada membuat keputusan terburu-buru. - Bernama�
|