Complaints - Aduan-Bayaran dikenakan untuk sms yang tidak dilanggani |
Written by Administrator |
Wednesday, 25 November 2009 16:21 |
Saya ingin mengadu mengenai caj yang dikenakan oleh syarikat smsinfo.com.my yang sering masuk ke bil telefon saya pada setiap bulan sebagai SMS service-received. Padahal saya tidak pernah melanggan apa-apa perkhidmatan dari syarikat tersebut. Syarikat tersebut menghantar SMS dari nombor 33112 dengan mengenakan caj RM3 setiap sms yang saya di terima. dan hampir setiap hari saya akan menerima sms tersebut dan d caj ke bil telefon saya. Saya dikenakan caj tanpa persetujuan atau permintaan saya.
Status : Perkara ini telah di lanjutkan kepada pihak si adu dan sesalinan kepada semua pihak penguatkuasa yang berkaitan. Nasihat:Pihak NCCC ingin menasihatkan pengguna untuk segera melaporkan kepada syarikat telekomunikasi sekiranya menerima sms daripada pihak syarikat yang tidak di langgani untuk tindakan segera. Sekiranya tiada maklumbalas positif diterima tolong hantarkan aduan anda kepada pihak NCCC untuk bantuan segera.
|
Last Updated on Thursday, 14 January 2010 04:58 |
NCCC NEW OFFICE
National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|